Thursday, July 25, 2013

Restoran Review: Naili's Place, Sentul (Island Concept)

Assalammualaikum...

Masih tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa bagi muslimin dan muslimat..Sudah masuk hari yang ke 16 kita berpuasa..Syukur Alhamudulillah masih diberi nafas untuk menyambut Ramadhan hingga ke hari ini.

Hari ini saya ingin buat review tentang Restoran Naili's yang terletak di Sentul. Bagi sesiapa yang mencari2 tempat yang best untuk berbuka, saya cadangkan pergi ke Naili's ni. Tempatnya yang boleh dikatakan sangat santai dan berkonsepkan ala-ala pulau pasti menarik minat sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini..oh ya,anda tidak perlu risau untuk mencari tempat solat, Ini kerana surau ada disediakan disini=)


 photo Naili13.png
credit to:google

makanan di sini sedap ke?
to be honest, saya boleh katakan makanan disini average sahaja..takdelah sampai sedap gile2..sedap lagi kat kedai "Murni Discovery" tapi tempatnya masyaAllah cantik sgt2..makanan disini saya bagi rating 3/5 dan tempat/suasana of coz saya bagi 5/5..=)

harga pula mahal ke?
harga disini sangat berbaloi..harga standard KL. harga makanan disini setimpal dengan tempat yang lawa macam ni.
untuk 2 org makan + dessert , total semua sekali tak sampai RM50.
untuk buffet pula RM45 perhead.

kesimpulannya, tempat disini sangat best,anda akan feeling2 berada di pulau gitew saat masuk disni..=) cuma parking disini agak limited.


 photo 2.jpg

 photo 20130720_184837.jpg

 photo 29.jpg

 photo 15.jpg

 photo 4.jpg

 photo 5.jpg

 photo 11.jpg

 photo 10-1.jpg

 photo 25.jpg

 photo 7.jpg

 photo 16.jpg

untuk berbuka puasa,dinasihatkan supaya booking awal sebab setiap hari akan fully book..siapa cepat dia dapat..

Naili’s Place
116C, Kampung Chempedak, Jln Taman Dato’ Senu,
51000 Sentul, KL
Contact No / No Tel : 0192020755 / 0193930878 / 0132056419 / 0199192165
Email : booking@nailisplace.com

Operation hours: 5pm-2am

No comments: